Renungan

Bagi orang yang melalaikan solat dia akan menerima lima azab di dunia ini. Tiga semasa matinya, tiga dalam kubur dan tiga selepas kebangkitan.



1.Azab di dunia ini adalah


a) Dia tidak dirahmati Allah dalam kehidupannya
b) Kehilangan nur atau cahaya yang terdapat pada muka orang yang bersolat
c) Dia tidak menerima pahala bagi amalan-amalan yang baik
d) Doa-doanya tidak dimakbulkan
e) Dia tidak dapat bahagiannya dalam doa-doa orang yang soleh


2.Azab semasa hendak mati


a) Mati dalam keadaan yang memalukan atau mengaibkan
b) Mati dalam keadaan lapar
c) Mati dalam keadaan dahaga yang amat sangat


3.Azab dalam kubur

a) Dia dihimpit kuburnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya
b) Dibakar dalam kuburnya dan diggulingkan atas bara api siang dan malam
c) Ular yang bisa dengan mata berapi dan berkuku besi berdampingan dengannya dalam kubur kerana melengah-lengahkan solat. Ular ini akan memukulnya hingga hari kiamat