TAQWA
1.Firman Allah Didalam Surah Al Baqarah2: 1-2 yang bermaksud:
"Aliff,Laam,Miim.kitab Al quran ini,tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tenetang sempurnanya );ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa
Huraian Ayat:
Taqwa,ertinya: memelihara atau melindungkan diri dari sesuatu yang ditakuti atau dibimbangkan.Bertaqwa kepada Allah ialah memelihara diri darise suatu yan membawa kepada seksa dan kemurkaan Allah,dengan menjalankan undang-undang peraturan-peraturanNya serta hukum-hukum perintahNya.
Al-Quran ini menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa atau yang berusaha membentuk dirinya mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya kerana merekalah yang terutama sekali yang mendapat faedah dari petunjuk hidayah Al-Quran disebabkan imannya dan Taqwanya. Sedangorang-orang yang kufur dan ingkar adalah sebaliknya.
2.Firman Allah Didalam Surah Yunus 10: 6 yang bermaksud:
Huraian Ayat :
Bertaqwa, yakni: berusaha memelihara diri daripada menyalahi hukum undang-undang Allah S.W.T.
3.Firman Allah Didalam Surah Al-Haaqqah 69:48 yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa."
Huraian Ayat:
Kerana hanya orang-orang yang bertaqwa sahaja yang akan beroleh manfaat dari peringatan Al Quran itu disebabkan iman mereka dan taqwanya , sedang orang -orang yang kufur ingkar adaah sebaliknya.
Ulasan:
Allah berfirman Didalam Surah Ali-Imran 3: 133 yang bermaksud:
"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa."
Jelas sekali bahawa syurga disediakan bagi orang-orang bertaqwa Dr.Hamka telah mentakrifkan pengertian taqwa seperti berikut:
1.Memelihara hubungan yang baik dengan Tuhan.
2.Memelihara diri jangan sampai terperosok kepada perbuatan yang tidak di redhai oleh Tuhan
3.Memelihara segala perintahNya supaya dapat di jalankan
Oleh itu marilah kita berusaha untuk mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
LAKNAT
1.Firman Allah Didalam Surah Al Baqarah2: 88 yang bermaksud:
"Dan mereka (kaum yahudi) berkata pula: "Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam)".(Sebenarnya hati
mereka tidak tertutup) bahkan Allah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit
benar mereka yang beriman."
Huraian Ayat:
Kerana kekufuran mereka kepada Allah dan Rasul-rasulNya, kaum yahudi telah dilaknat oleh Allah Azza wa Jalla,dan akibatnya mereka sentiasa ditimpa bala bencana dan tidak menemui selamat di sepanjang sejarahnya.
Ulasan:
Al-Marhum Asy-Sayyid Qutb Mentakrifkan laknat sebagai "pengusiran dari rahmat Allah dengan penuh kemurkaan dan ancaman .
Apa yang dapat difahamkan bahawa golongan yang dilaknat oleh Allah ini kehidupan mereka sentiasa menghadapi musibah dan ancaman dariAllah SWT .Di antara golongan yang dilaknat Oleh Allah ialah:
1. Ulama menyembunyikan kebenaran . Firman Allah di dalam Surah Al Baqarah2: 159 yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan dari
keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah,sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."
2. Golongan zalim . Firman Allah di dalam Surah Al-A'raf 7: 44 yang bermaksud:
"Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang yang zalim."
3. Mematuhi arahan yang tidak betul. Firman Allah di dalam Surah Hud 11: 97-99 yang bermaksud:
"Kepada Fir'aun dan kaumnya; lalu kaum fir'aun menurut perintah Fir'aun, sedang
perintahnya itu bukanlah perintahnya yang betul. Fir'aun akan mengetuai kaumnya pada hari kiamat,kemudian tetaplah ia akan membawa mereka masuk ke neraka. Dan seburuk-buruk tempat yang di masuk ialah neraka.Dan mereka diiringi oleh laknat yang tidak putus-putus di dunia ini, dan pada hari kiamat. (Sebenarnya) laknat itu adalah seburuk-buruk pemberian yang diberikan."
Muka2 Yahudi LAKNATULLAH....!!!!
4.Mengakui kebenaran Islam tetapi enggan mengikuti.Firman Allah di dalam Surah Al Baqarah2: 89 yang bermaksud:
mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat),sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al-Quran), mereka mengingkarinya maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu."
5.Menjadi pengikut taghut. . Firman Allah di dalam Surah Al-Ma'idah 5: 60 yang bermaksud:
"Katakanlah: "Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk
balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang di laknat oleh Allah dan di murkaiNya,dan orang-orang yang di jadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul."
Mudah-mudahan kita tidak tergolong di dalam golongan tersebut.